Home

 

Alerts
Email / SMS

 

Infozone
Corporate Information
Financial Calendar
Dividends & Capital Changes
Management
Business
News Room
Exchange Filings
Corporate Governance

 

Downloads
Corporate Presentation
Corporate Factsheet
Circulars & Prospectuses
Annual Reports
Analyst Reports

 

Financials
Statements of Financial Position
Statements of Comprehensive Income
Quarterly Earnings

 

 

News Room


22 Jun 2013


Tambun Indah tambah kepentingan

Utusan Malaysia

GEORGE TOWN 21 Jun - Pemaju hartanah, Tambun Indah Land Bhd. mengunjurkan keuntungan yang lebih baik menerusi cadangan pengambilalihan kepentingan ekuiti minoriti dalam dua anak syarikat yang melaksanakan pembangunan bandar Pearl City di Pulau Pinang.

Menerusi kenyataan hari ini, Tambun Indah Land berkata, ia merancang mengambil alih baki 30 peratus kepentingan dalam Tambun Indah Development Sdn. Bhd. (TIDSB), meliputi 300,000 saham biasa dan 8.04 juta saham pilihan boleh tebus.

Ia berkata, Tambun Indah Land juga berharap dapat menguasai 40 peratus kepentingan dalam Palmington Sdn. Bhd. (PSB), yang meliputi 2.3 juta saham biasa, daripada Pembangunan Bandar Mutiara Sdn. Bhd., anak syarikat 100 peratus milik Nadayu Properties Bhd., membabitkan pertimbangan sebanyak RM112.2 juta.

\"Pembelian itu akan dibayar menerusi gabungan RM40.7 juta pembayaran tunai dan terbitan 55.0 juta saham baharu Tambun Indah pada harga terbitan RM1.30 sesaham.

\"Pembayaran tunai akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman dan sebahagian lagi menerusi penempatan swasta membabitkan 15.0 juta saham baharu untuk pelabur institusi yang dikenal pasti,\" katanya.

Ia berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku keempat 2013 dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa yang akan ditetapkan kelak.

Pengarah Urusan Tambun Indah Land, Teh Kiak Seng berkata, pengambilalihan itu merupakan langkah strategik untuk kumpulan berkenaan memperoleh pendedahan penuh ke atas pembangunan kawasan dekat Jambatan Kedua Pulau Pinang yang pesat berkembang itu.

\"Pengambilalihan itu juga membolehkan kumpulan itu menguasai bahagian yang lebih besar daripada keuntungan projek Pearl City,\" katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, dua anak syarikat itu - TIDSB dan PSB - menyumbang kira-kira 70 peratus atau RM39.8 juta kepada keuntungan selepas cukai kumpulan sebanyak RM57.0 juta, dengan keuntungan kepada Nadayu sebanyak RM14.0 juta.

Mengenai prospek masa depannya, Kiak Seng berkata, baki nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.9 bilion dalam Pearl City dijangka menyumbang kepada kumpulan dengan keuntungan sebelum cukai melebihi RM600 juta dalam tempoh enam hingga tujuh tahun.

\"Berdasarkan keuntungan daripada pembangunan itu dikembalikan sepenuhnya kepada pemegang saham, kami yakin projek itu apabila siap akan mewujudkan nilai hebat untuk mereka,\" katanya. - BERNAMA