Home

 

Alerts
Email / SMS

 

Infozone
Corporate Information
Financial Calendar
Dividends & Capital Changes
Management
Business
News Room
Exchange Filings
Corporate Governance

 

Downloads
Corporate Presentation
Corporate Factsheet
Circulars & Prospectuses
Annual Reports
Analyst Reports

 

Financials
Statements of Financial Position
Statements of Comprehensive Income
Quarterly Earnings

 

 

News Room


24 Apr 2013


 “Tambun Indah pre-tax profit up 32.1% to RM23.98 million”

Bernama

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Untung pracukai Tambun Indah Land Bhd naik 32.1 peratus kepada RM23.98 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2013, daripada RM18.15 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan naik 18.7 peratus kepada RM78.32 juta daripada RM65.99 juta sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, pemaju harta itu berkata prestasi yang lebih baik itu adalah berikutan jualan yang lebih kukuh dan perolehan yang lebih tinggi daripada projek yang sedang dijalankan, di mana pembangunan Pearl City di Seberang Prai, menyumbang 66 peratus kepada keuntungannya.

Pengarah urusannya, Teh Kiak Seng berkata kejayaan berterusan kumpulan adalah daripada lokasi strategik pembangunannya.

Mengenai prospek, beliau berkata Tambun Indah bersedia untuk pertumbuhan berterusan didorong pasaran harta Pulau Pinang yang membangun.

"Pada baki sembilan bulan tahun ini, kami akan melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar RM256.6 juta di Pulau Pinang, membolehkan kami mengambil peluang daripada pasaran harta di sana.

"Kami juga akan melancarkan lebih banyak projek, dengan anggaran Nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.9 bilion di Pearl City, antara 2014 dan 2020," tambahnya. -- BERNAMA