Home

 

Alerts
Email / SMS

 

Infozone
Corporate Information
Financial Calendar
Dividends & Capital Changes
Management
Business
News Room
Exchange Filings
Corporate Governance

 

Downloads
Corporate Presentation
Corporate Factsheet
Circulars & Prospectuses
Annual Reports
Analyst Reports

 

Financials
Statements of Financial Position
Statements of Comprehensive Income
Quarterly Earnings

 

 

News Room


28 Jan 2013


Tambun Indah sasar teroka Lembah Klang

Berita Harian

Mahanum Abdul Aziz

Tambun Indah Land Bhd, pemaju hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang, menyasar untuk meneroka pasaran hartanah di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain di negara ini.

Ia selaras usahanya untuk mempelbagaikan asas pendapatannya pada masa depan.

Pengarah Urusannya, Teh Kiak Seng berkata kini, projek hartanahnya hanya tertumpu di Pulau Pinang dengan jumlah tanah simpanan yang belum dibangunkan ialah kira-kira 300 hektar.


15 tahun ukir nama

Beliau berkata, selepas kira-kira 15 tahun mengukir nama dalam pasaran hartanah di Pulau Pinang, pihaknya kini bersedia untuk meneroka pasaran hartanah utama lain di negara ini.
Katanya, pihaknya terbuka untuk membangunkan projek hartanah di kawasan lain menerusi usaha sama dengan pihak lain.

“Kami sedang meninjau untuk meningkatkan jumlah tanah simpanan kami pada masa depan dengan menumpukan di kawasan bandar yang menawarkan peluang pertumbuhan yang kukuh,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teh berkata, Tambun Indah akan melancarkan lima projek hartanah baru bernilai RM252.9 juta pada separuh pertama tahun ini.

Beliau berkata, projek hartanah itu terdiri daripada rumah kediaman dan hartanah komersial yang terletak di tanah besar Pulau Pinang iaitu kediaman berpagar di Taman Bukit Residence, rumah dua tingkat di Seri Permai dan apartmen dan kedai di Camelia Park.

“Pada masa sama, kami juga akan membangunkan bangunan pejabat dan kedai serta sekolah antarabangsa di Pearl City Business Park,” katanya.


Lancar lima projek

Teh menjelaskan pelancaran lima projek hartanah baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini itu adalah selaras dengan usahanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pembangunan hartanah sederhana dan mewah di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihaknya optimis mengenai pasaran hartanah di Pulau Pinang dengan meningkatnya pelaburan langsung asing ke negeri itu seperti rancangan Robert Bosch untuk membangunkan kilang pengeluaran panel solar di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Beliau berkata, mengikut unjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), pasaran hartanah di negeri itu dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh antara lima hingga 10 peratus tahun ini.

Mengenai prestasi kewangannya tahun ini, Teh berkata, pihaknya yakin dapat mencatatkan pertumbuhan positif didorong oleh prospek hartanah negeri itu yang cerah.