Home

 

Alerts
Email / SMS

 

Infozone
Corporate Information
Financial Calendar
Dividends & Capital Changes
Management
Business
News Room
Exchange Filings
Corporate Governance

 

Downloads
Corporate Presentation
Corporate Factsheet
Circulars & Prospectuses
Annual Reports
Analyst Reports

 

Financials
Statements of Financial Position
Statements of Comprehensive Income
Quarterly Earnings

 

 

News Room


18 Jan 2011


Tambun Indah Muncul Dengan Premium 10 Sen

 

(Bernama)

 

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Tambun Indah Land Bhd, syarikat pemaju harta utama di Pulau Pinang, membuat kemunculan sulung di pasaran utama Bursa Malaysia pada Selasa pada 80 sen satu saham, dengan premium 10 sen daripada harga terbitan 70 sen satu saham.

 

"Kami gembira dengan harga pembukaan dan mahu meningkat lebih baik," kata pengarah urusan Teh Kiak Seng, kepada pemberita selepas penyenaraian.

 

Tambun Indah telah melancarkan lebih 3,300 unit harta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sejumlah lebih RM900 juta.

 

Syarikat itu kini melihat kepada pengembangan bank tanahnya iaitu 40.5 hektar (100 ekar) di tanah besar.

 

"Kami kini berunding dengan pemilik tanah di Pulau Pinang untuk membeli tanah untuk projek 2012.

 

"Kami juga mencari tanah di Lembah Kelang kerana ia adalah pasaran harta terbesar di negara ini.

 

"Kami akan ada tujuh projek tahun ini dengan GDV sejumlah RM530 juta di Tanah Besar Pulau Pinang, kata Teh.

 

Projek pertama, Juru Heights, akan disiapkan Mac ini dengan GDV sebanyak RM79 juta.

Tambun Indah telah mengumumkan penawaran awam awal (IPO) sebanyak 32.0 juta saham biasa baharu pada 70 sen satu, yang mana 11.05 juta saham telah di peruntukkan untuk orang ramai, 11.05 juta saham bagi pengarah, pekerja dan syarikat berkaitan yang layak dan 9.9 juta untuk penempatan tertutup.

 

Saham tawaran untuk dijual 22.10 juta telah diperuntukan kepada pelabur bumiputera yang telah dikenalpasti.

 

Dari hasil kutipan RM22.4 juta IPO itu, RM12.70 juta diperuntukkan sebagai perbelanjaan modal, RM7.10 juta untuk pembayaran pinjaman dan RM2.60 juta untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

 

-- BERNAMA